Wednesday, December 31, 2008

PAS tak bela nasib melayu.

KOTA BHARU: Pas tidak akan memperjuangkan nasib orang Melayu seperti dilakukan Umno, sebaliknya dasar parti itu ialah menyatukan semua kaum di negara ini melalui Islam, kata Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan mendakwa perjuangan Umno untuk membela orang Melayu menerusi dasar kebangsaan tidak akan membawa bangsa itu ke mana-mana. "Umno cakap nak jaga Melayu, (tetapi) Pas jaga Islam, kalau (Umno) tolak Islam dan guna dasar kebangsaan untuk menjaga (nasib) Melayu, akhirat tak jadi apa...berapa sen harga Melayu di akhirat.....dok faham aku.....

Monday, December 29, 2008

BANGUNLAH DEMI PALESTIN.

KEKEJAMAN rejim Yahudi membunuh ratusan kanak-kanak dan wanita di Gaza amat menyayat hati. Memanglah bangsa Yahudi ini dari awal lagi seperti diterangkan di dalam al-Quran adalah bangsa yang bongkak, zalim dan suka menentang hukum Allah. Bumi Palestin sekali lagi bermandikan darah apabila jet pejuang Israel bermaharajalela meledakkan pelbagai jenis bom ke arah sasaran hingga sanggup memusnahkan masjid dan bangunan penduduk awam. Perang ini tidak seimbang kerana rakyat Palestin hanya berbekalkan senjata batu dan lastik saja. Amerika Syarikat seperti biasa akan melontarkan kesalahannya ke atas bahu Palestin seperti pertubuhan Hamas dan seumpamanya. Dimana pemimpin dan negara islam yang diwar-warkan.Nasib saudara sendiri diabai demi menjaga kepentingan peribadi.Penduduk Palestin perlu pembelaan
yang sewajarnya,bukan hanya atas nama persaudaraan islam tetapi juga demi kemanusiaan.

Sunday, December 21, 2008

DEMAM CHIKUNGUNYA

Chikungunya ialah sejenis penyakit yang diakibatkan oleh alfavirus bawaan gigitan nyamuk Aedes aegypti. Penyelidikan terkini oleh Institut Pasteur di Paris menuntut bahawa virus ini telah mengalami mutasi yang membolehkannya untuk direbak oleh nyamuk Aedes Albopictus (bahasa Inggeris: Tiger mosquito). Ini adalah punca wabak di Lautan Hindi dan ancaman di pantai Mediterranean pada masa ini.
Chikungunya pertama kali dikesan melalui ujian darah di Tanzania pada tahun 1953. Semenjak itu ia berlaku di negara-negara Afrika, Asia dan akhir-akhir ini ia berlaku di beberapa buah tempat di Negara Eropah. Ia endemik (selalu berlaku) di kebanyakan negara Sub Sahara Afrika, India, Asia Tenggara, Indonesia dan Filipina.
Nama penyakit ini berasal daripada perkataan Makonde yang bermaksud "sesuatu yang melengkung ke atas" dan merujuk kepada postur terbongkok-bongkok yang diakibatkan oleh gejala-gejala artritis. Penyakit ini diperihalkan buat pertama kali oleh Marion Robinson [1] dan W.H.R. Lumsden [2] pada tahun 1955, menyusul satu peletusan di Penara Makonde di sepanjang sempadan antara Tanganyika dan Mozambique pada tahun 1952. Chikungunya berkait rapat dengan virus O'nyong'nyong [3].
Chikungunya tidak dianggap sebagai suatu penyakit yang membawa maut. Bagaimanapun, pada tahun 2005-2006, 200 kematian telah dikaitkan dengan penyakit Chikungunya di Pulau Reunion dan di India Selatan, terdapat peletusan penyakit ini yang meluas (khususnya di Karnataka dan Andhra Pradesh); sila lihat Peletusan terkini di bawah.

Simptom

Simptom penyakit Chikungunya termasuk demam yang mencecah 39 darjah Celcius, keradangan biasanya digambarkan sebagai petekia atau makulopapular biasanya membabitkan kaki, tangan dan badan, dan artralgia atau artritis menyerang pelbagai sendi yang boleh melumpuhkan sekiranya teruk. Terdapat juga sakit kepala, jangkitan conjunktiva, serta sedikit fotopfobia.
Penyakit Chikungunya boleh disalah anggap sebagai demam denggi kerana tanda-tanda penyakit yang menyerupai demam denggi. Ujian serologi untuk Chikungunya terdapat di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia.
Tidak terdapat sebarang rawatan khusus bagai Demam Chikungunya. Penyakit ini biasanya terhad diri dan akan sembuh sendiri. Rawatan gejala dicadangkan selepas mengenepikan penyakit yang lebih merbahaya lain.

Saturday, December 20, 2008

NOSTALGIA KU.

Kemarau datang lagi!tapi tak sama seperti dulu,bermain dipermatang sawah,dipadang layang-layang dan menumbuk emping bersama ibu dan rakan.Ah!nostalgia ku hilang.........bila tiba musim kemarau semua orang akan sibuk menjaga padi dan bendang,burung ciak prit,tikus dan macam-macam lagi.Penyakit pelik-pelik seperti la ni tak ada,dulu mana ada penyakit bom apatah lagi gondang mas.Sambil menunggu padi masak kami budak-budak akan mempunyai rutin tetap iaitu tahan burung ciak prit dan tahan ikan pakai taut,lepas tu panggang atas batas bendang,sedap tak sangka tapi la ni budak-budak dah tak kenai semua ni.Apa yang ada dalam kepala ialah game,rancangan ASTRO dan mainan pelik-pelik.Hidup pula bagai robot,mengaji-mengaji dan mengaji.Umur 8 tahun dah kena pakai spek mata,kesian aku tengok.Itu rutin budak-budak la,sebab itu bila anak-anak menakan aku balik,depa bawak balik sekali dengan game,rumah tok pun kena pasang ASTRO kalau tidak tak mau nak duduk lama,tak tau lah apa nak jadi masa depan.Zaman kanak-kanak hilang begitu saja dan apa depa akan ceritakan pada anak-anak depa nanti mengenai burung ciak prit,tahan ikan,main wau,Hishh......kesian aku tengok.Biar lah anak aku mengaji tak pandai tapi depa kenai ibubapa dari anak kerja besag tapi tak kenai mak bapak ,teruk lagi kalau depa antag pi rumah orang tua-tua.

BILA TRAGEDI BERULANG KEMBALI.

"Gunung ganang dan bukit bukau adalah pak si bumi".Mengapa kita gondolkan hanya atas nama pembangunan.Dulu tragedi Highland Tower hanya bagai igauan,sebulan dua dijadikan polemik dari penguatkuasaan,undang-undang dan tak lupa juga sessi tuding menuding jari banyak pihak itupun belum lagi teori pelbagai dari pakar-pakar geologi tanahair.Kemudian ianya kembali sepi dan lama kelamaan mula dilupa orang.Hilang semua teori.Bila runtuh lagi di Bukit Angkasa pula,lakonan serupa bermula kembali dan pastinya ianya akan kembali sepi sebulan dua lagi,kita tengok lah nanti.

INILAH KITA.

Masuk mesej saja,kita cepat-cepat baca dan balas.Tapi,kenapa masuk waktu solat kita tak cepat-cepat buat?Top-up RM5.00 kita sanggup,tapi,kenapa sedekah kat masjid 2 kupang langsung kita tak bagi!Bila mandi kita nyanyi macam-macam lagu.Tapi,kenapa masa makan bismillah pun kita lupa.Waktu kredit habis,kita susah payah tebus.Tapi,kenapa kita tak tebus dosa yang telah kita lakukan?Bila lapar,kita jalan-jalan cari makan tapi kenapa kita lupa pada yang memberi Nya.Jadi,benarlah kata Tun "melayu mudah lupa".

Wednesday, December 17, 2008

Getah la ni.

Harga getah jatuh lagi.Dulu RM4.70 merasa jugak beli kereta tapi la ni bila tinggai 8 kupang,haru dah tak tau nak jadi apa.Depa kata dulu naik sebab nak p/raya la ni jatuh sebab krisis global tapi yang penting kita sama-sama pakat sabag tunggu dulu tengok nak jadi apa.Nak salah kerajaan?Tak bolehh......depa bukan meniaga getah tapi tak pa la sok-sok harga naik lagi.Yang dok tanam getah tu,selamat menanam jangan dok risau dengan khabar angin kata getah tak laku.Dulu masa aku kecik dulu harga baru 4 kupang tapi tak dak pun sapa hingar.Jadi sama-samalah kita berdoa supaya harga getah naik balik.