Monday, December 29, 2008

BANGUNLAH DEMI PALESTIN.

KEKEJAMAN rejim Yahudi membunuh ratusan kanak-kanak dan wanita di Gaza amat menyayat hati. Memanglah bangsa Yahudi ini dari awal lagi seperti diterangkan di dalam al-Quran adalah bangsa yang bongkak, zalim dan suka menentang hukum Allah. Bumi Palestin sekali lagi bermandikan darah apabila jet pejuang Israel bermaharajalela meledakkan pelbagai jenis bom ke arah sasaran hingga sanggup memusnahkan masjid dan bangunan penduduk awam. Perang ini tidak seimbang kerana rakyat Palestin hanya berbekalkan senjata batu dan lastik saja. Amerika Syarikat seperti biasa akan melontarkan kesalahannya ke atas bahu Palestin seperti pertubuhan Hamas dan seumpamanya. Dimana pemimpin dan negara islam yang diwar-warkan.Nasib saudara sendiri diabai demi menjaga kepentingan peribadi.Penduduk Palestin perlu pembelaan
yang sewajarnya,bukan hanya atas nama persaudaraan islam tetapi juga demi kemanusiaan.

No comments:

Post a Comment