Saturday, December 20, 2008

NOSTALGIA KU.

Kemarau datang lagi!tapi tak sama seperti dulu,bermain dipermatang sawah,dipadang layang-layang dan menumbuk emping bersama ibu dan rakan.Ah!nostalgia ku hilang.........bila tiba musim kemarau semua orang akan sibuk menjaga padi dan bendang,burung ciak prit,tikus dan macam-macam lagi.Penyakit pelik-pelik seperti la ni tak ada,dulu mana ada penyakit bom apatah lagi gondang mas.Sambil menunggu padi masak kami budak-budak akan mempunyai rutin tetap iaitu tahan burung ciak prit dan tahan ikan pakai taut,lepas tu panggang atas batas bendang,sedap tak sangka tapi la ni budak-budak dah tak kenai semua ni.Apa yang ada dalam kepala ialah game,rancangan ASTRO dan mainan pelik-pelik.Hidup pula bagai robot,mengaji-mengaji dan mengaji.Umur 8 tahun dah kena pakai spek mata,kesian aku tengok.Itu rutin budak-budak la,sebab itu bila anak-anak menakan aku balik,depa bawak balik sekali dengan game,rumah tok pun kena pasang ASTRO kalau tidak tak mau nak duduk lama,tak tau lah apa nak jadi masa depan.Zaman kanak-kanak hilang begitu saja dan apa depa akan ceritakan pada anak-anak depa nanti mengenai burung ciak prit,tahan ikan,main wau,Hishh......kesian aku tengok.Biar lah anak aku mengaji tak pandai tapi depa kenai ibubapa dari anak kerja besag tapi tak kenai mak bapak ,teruk lagi kalau depa antag pi rumah orang tua-tua.

2 comments:

  1. woi mat burung zamanla orang tahan awek bukan tahan burung. kalau hang tahan burung yam-yam ngan mak kucairi dulang ajak ku sama.

    ReplyDelete
  2. Hang ingat lagi noo...ingatkan dah lupa tapi la ni dia dok pi sorang la tak ajak aku dah.

    ReplyDelete